Wednesday, November 30, 2022

Sukarelawan AYU semakin 'mengganas' - Tak puas-puas!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin mengganas!, ya...itulah yang boleh saya ibaratkan dengan geng Akademi Youtuber(AYU) ini. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia video di youtube yang telah berlegar kesekian kalinya di segenap pautan URL youtube dan juga laman web AYU yang tidak putus-putus memberikan input berguna kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada seluruh anak pelajar di Malaysia khasnya.

Bermula dengan penghasilan video-video pembelajaran yang menarik, diikuti dengan siaran langsung kelas-kelas tuisyen yang diberikan oleh sukarelawan AYU secara PERCUMA sahaja, tidak cukup sekadar itu, para peminat disajikan pula dengan siaran-siaran langsung segmen khas yang disiarkan dengan variasi tajuk dan penyampaian.

Amat bertuah!



Namun begitu, sukarelawan-sukarelawan AYU ini ibarat sang musafir kehausan yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Setelah maju dalam penghasilan video-video pembelajaran, mereka dilihat bakal menggegarkan dunia blogger atau laman web. Sebagaimana yang kita maklum, setelah berakhirnya pandemik covid-19, sekolah telah dibuka seperti biasa dan ini merupakan satu cabaran bagi sukarelawan-sukarelawan AYU untuk terus aktif dengan dunia maya tatkala diri telah dihujani dengan tugasan-tugasan di sekolah masing-masing.

Laman Web Yu.Suffi
Namun begitu, mereka ini ibarat 'pantang dicabar' apabila munculnya sesuatu buah fikiran daripada pengasas AYU, iaitu Yu.Suffi yang sentiasa hadir dengan semangat, buah fikiran yang bernas dan 'pembakaran terbuka' yang sentiasa dan insan-insan yang terbakar kepanasan. 

Lihat sahaja laman web Yu.Suffi di sebelah ini yang merupakan satu inspirasi buat rakan-rakan AYU yang lain untuk sama-sama sentiasa sedia dalam memajukan diri masing-masing. Anda boleh melihat sendiri bagaimana kreatif dan hebatnya portal yang dihasilkan oleh Yu.Suffi ini di (SINI) selain itu juga, terdapat beberapa lagi insan yang sememangnya aktif dan mewarnai keluarga AYU ini dengan kehebatan-kehebatan mereka. di sini beberapa laman web keluarga AYU yang sempat saya rakamkan di sini. 

Laman web yang dihasilkan oleh Yu.LK,klik untuk layari website beliau.




Laman web yang dihasilkan oleh Yu.Eqa, boleh klik sini untuk melayari


Laman web yang dihasilkan oleh Yu.Eqa, boleh klik sini untuk melayari

Sebenarnya ramai lagi yang sedang membina dan bersemangat untuk menghiasi dunia blogger ini. In Syaa'Allah saya akan kongsikan nanti laman web ahli keluarga AYU yang lain. Semoga segala usaha kami ini dalam menyebarluaskan ilmu kepada semua diberkati dan diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. 

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong atas perkara kebaikan. "sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala sebaimana mereka yang melakukannya"-Hadis.


Sehingga jumpa lagi.terima kasih sudi membaca celoteh Cfu!

Jemput tinggalkan jejak di ruangan komentar ya!



Wednesday, November 16, 2022

Guru --> Pegawai Pengurusan IPG, Cabar Diri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tugas mendidik, bukan sesuatu yang mudah, namun jiwa seseorang pendidik pasti akan tidak merasa tenang bila meninggalkan lapangan itu, namun kenapa saya meninggalkan dunia mendidik?


Sememangnya agak terasa janggal dan kekok bila keluar daripada lapangan guru dan bekerja sebagai pegawai pengurusan. Skop pegawai pengurusan ini lebih kepada menguruskan latihan para pensyarah di IPG ini.

Apabila diarahkan bertukar ke jawatan ini setelah permohonan dan temuduga saya berjaya, ada yang berjumpa dengan saya dan berkata,

" Tak sayang ke dengan tugas guru?"

" Dah fikir masak-masak ke?"

Dan lain-lain lagi kata-kata yang kalau di dengar, memang agak tergugat juga dengan pilihan sekarang..haha

Namun, semasa memohon jawatan ini, saya telah pasakkan niat ingin mencuba dan belajar sesuatu yang baharu, cabar diri untuk jadi lebih baik dan ingin memajukan diri sendiri ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Crew CBeeS Studio yang banyak membantu Muallim dalam penghasilan video CBeeS News

Jujur saya katakan, agak rindu suasana sebagai seorang guru, melihat kejayaan yang dilakar anak-anak didik, mendidik mereka menjadi insan yang kaamil, belum lagi cerita tentang gelagat-gelagat mereka ketika sesi pembelajaran, sukan, latihan-latihan, rakaman video dan sebagainya...sangat mencuit hati.
Jangan sedih anakku

  Betapa rindu dan sayangnya mereka kepada insan kerdil ini, begitu juga       perasaan saya terhadap dunia sebagai seorang pendidik.

  Namun, HIJRAH itu perlu demi menjamin sesuatu yang lebih baik,   lagipun, peluan untuk kembali ke dalam dunia mendidik masih lagi   terbuka luas di masa hadapan. beberapa pilihan telah dikenalpasti   sebelum saya terjun ke bidang pengurusan ini.

  Matlamat diletak, ilmu ditimba, pengalaman digali, kenalan dijalini pasti   di sana sinar menanti. In syaa'Allah!

  Apa peluang yang ada pada masa akan datang?

  Gred penjawatan sekarang hanya sehingga DG48, lebih kurang 8 tahun   sahaja saya layak untuk berada di jawatan ini, dan selepas itu saya boleh   membuat pilihan dengan beberapa peluang/ruang yang ada :

1- Sambung belajar (Ambik Master) dan berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah(jadi pendidik kembali)

2- Mohon untuk kembali ke sekolah (Kembali mengajar)

3- dan sekiranya ingin kekal di sini, terpaksa naik jadi Ketua Unit, namun agak tipis peluangnya kerana tidak banyak jawatan ketua unit di sini...

Jadi berdasarkan pilihan-pilihan yang ada...saya boleh membuat keputusan yang bersesuaian pada masa akan datang, In Syaa' Allah!


 
Apapun yang dikata, apapun yang buah fikiran yang dilontarkan, setiap pekerjaan pasti ada susah dan senangnya, waimma hidup kita pun tidak selalu senang. Apa yang boleh kita lakukan, Ikhlaskan niat dan tekunlah melakukan pekerjaan kita, mudah-mudahan ianya menjadi satu ibadah dan bekalan akhirat untuk kita berhadapan dengan Sang Khooliq kita...siiru 3ala barokatillah!


CfuSyamz
IPGKDRI