Thursday, December 22, 2022

Blog Kamu Hebat Sekiranya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi para blogger yang baru mula untuk menyemarakkan dunia blogger ini dan memahirkan diri masing-masing dengan tips dan trik penghasilan blog, beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dan diperhalusi bagi mematangkan diri masing-masing dengan dunia blogger ini.

Berikut sedikit perkongsian pengalaman yang boleh CfuSyamz coretkan buat panduan dan pedoman sepanjang CfuSyamz menjadi blogger sekian lama yang dahulu, walaupun saya bukanlah seorang yang terkenal..haha


Sumber : sis hawa dot com

Ciri-ciri blog yang baik dan menarik mengikut pandangan CfuSyamz :-

1) Mempunyai alamat URL yang ‘ringkas dan padat’

Alamat URL ini memainkan peranan yang penting dan perlu diringkas dan dipendekkan sebaiknya supaya pengunjung senang mengingati dan senang untuk ditaip. Penambahan symbol yang agak susah dan sukar boleh membuatkan pengunjung menjadi bosan dan beralih ke halaman yang lain.


2) Kemaskini artikel blog secara konsisten dan teratur

Pengunjung atau pengikut setia blog pasti tertunggu-tunggu artikel-artikel daripada blog kita, jadi sekiranya kita jarang kemaskini artikel, ia akan menjauhkan pengunjung setia yang kita miliki. Jangan hampakan hati peminat tau..haaa.gittewww


3) Susun Atur Blog

Susun atur yang bagai ‘rojak ayam’ dan cacamerba boleh menyakitkan mata pengunjung blog dan menyukarkan pencarian maklumat. Bayangkan kita masuk kedai rempah, tapi rempah yang dicari bercampur-campur…kan tak pasal-pasal muncul ‘musang berjanggut’ siri 2…haha


Sumber : merdeka dot com


4) Artikel yang menarik dan berguna

Ada sesetengah blogger tidak menitikberatkan perkara ini, semua benda di sapu nya letak dalam halaman blog mereka, istilah ‘ blog aku, lantak aku la’ agak memberi kesan kepada pengunjung. Perkara ini juga boleh menimbulkan ‘kecelaruan identiti’ kepada pemilik blog. Tidaklah menjadi satu kesalahan, namun andai kita dapat fokuskan arah tujuan blog kita lagi molek dan baik kan? Justeru, artikel yang menarik dan berguna buat para pengunjung akan memberi kesan yang baik kepada pemilik blog dan juga orang yang membacanya.


5) Kualiti Maklumat

Gunakanlah Bahasa yang mudah difahami oleh pengunjung dalam penyampaian maklumat. Maklumat yang di’sedut’ dari sumber yang lain perlu diletakkan capaian atau sumber asalnya supaya hakcipta karya pemunya asalnya terjaga dan pengunjung akan lebih mempercayai kita dalam penyebaran maklumat. Plagiat ini adalah satu perkara yang salah berdasarkan Akta Hakcipta 1987 melalui seksyen 25.


Sebagai kesimpulannya, buat perkara yang baik, maka baiklah balasan dan kesannya, buat perkara yang buruk, maka buruk pula la kesan dan akibatnya. Anda diberikan akal fikiran oleh Yang Maha Kuasa, gunakanlah ia sebaik-baiknya.

Sekian dahulu perkongsian CfuSyamz buat kali ini, sebenarnya banyak lagi ciri-ciri blog yang baik, bolehlah membuat carian di laman google dan sebagainya. Terima kasih sudi lepak dan membaca blog CfuSyamz ini…


CfuSyamz

 


Wednesday, December 14, 2022

JADUAL HARI KELEPASAN AM 2023 NEGERI TERENGGANU

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Bagi penjawat awam Negeri Terengganu, jadual pelepasan am ini sangat diperlukan bagi merancang dan menyusun sesuatu perkara dengan baik. di sini, CfuSyamz kongsikan edaran yang telah dibuat oleh laman sesawang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada capaian : http://dun.terengganu.gov.my/index.php/2013-03-25-09-25-49/hari-kelepasan-am  berkaitan hari kelepasan am 2023.








Anda boleh muat turun dokumen dalam format PDF hanya dengan menekan butang 'download' di bawah ini. 

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.




Tuesday, December 13, 2022

Youtube Creator : CfuSyamz 2022 Snapshot!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah..walaupun tidak sehebat rakan-rakan lain, saya ingin mengambil kesempatan di sini bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan membantu naikkan view channel Youtube CfuSyamz.

Hari ini youtube telah mengirimkan emel pencapaian selama setahun bagi 2022 ini. Bagi diri al-faqir, dapat bergerak sejauh ini sudah amat menggembirakan dan bersyukur.





Begitulah serba sedikit kemajuan yang telah dicapai oleh Channel CfuSyamz... beberapa video yang berjaya mencuri tumpuan dan perhatian para penonton..terima kasih banyak-banyak bagi mereka yang sudi menonton dan subscribe channel CfuSyamz.


Yang ikhlas,

CfuSyamz

Saturday, December 10, 2022

Prank : Bukan Cara islam!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Menjadi satu trend  pada masa kini satu perbuatan yang disebut sebagai 'prank' atau lebih mudah difahami dengan bahasa gurauan budak-budak atau bahasa kampung kita panggil ia sebagai gurau biawak! trend ini semakin lama semakin merisaukan apabila tiada kesedaran yang tinggi di kalangan pembuat konten terutamanya para youtuber, tiktokers dan sebagainya.


Tidak dinafikan, pembuat konten seperti youtubers, tiktokers, dan sebagainya memerlukan satu konten yang mampu menarik ramai penonton. Konten seumpama prank ini mampu menarik berjuta penonton bahkan boleh dikatakan boleh 'pecah panggung' dengan konten seumpama ini. View dapat, duit dapat...dosa pun dapat!

 

Sesungguhnya nafsu setiap manusia sentiasa mendorong kepada perkara-perkara yang tidak elok, sebagaimana Firman Allah taala dalam surah Yusuf : 53 

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 


Sekiranya tidak mengikut garis panduan yang betul sebagaimana yang telah digariskan dalam Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi kita, sudah tentu kita akan terus lalai serta semakin menjauh dari ajaran dan landasan agama yang sebenarnya. 


Bukan bermakna islam melarang terus ummatnya daripada bergurau senda, bahkan Nabi S.A.W sendiri bergaul mesra dengan sahabat-sahabatnya dengan bergurau, namun gurau senda Nabi tidak KETERLALUAN dan masih lagi dalam perkara kebenaran, sebagai contoh, kisah dimana Nabi S.A.W bergurau dengan seorang wanita tua ;-


Hasan al-Basri meriwayatkan: “Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada ALLAH agar aku dapat masuk syurga.” Rasulullah SAW menjawab: “Wahai ibu, syurga tidak dihuni oleh orang tua.” Mendengar jawapan Rasulullah SAW, wanita itu pergi dari situ sambil menangis teresak-esak. Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Beritahu kepada wanita tua itu, dia tidak akan masuk ke syurga dengan keadaan usia tua. Sesungguhnya ALLAH SWT berfirman: Sesungguhnya KAMI menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya [Surah Al-Waqi’ah ayat 35-37].” (Riwayat Tirmidzi)


Begitulah baginda mengajar kepada kita, bergurau senda pun ada batas dan tidak dibenarkan menipu! apatah lagi memalukan dan membuka aib sesama islam. janganlah terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang sememangnya mereka tiada garis panduan sebagaimana kita ada 'manual book'  kita iaitu AL-QURAN yang mulia serta Sunnah Nabi SAW.


Oleh itu, sama-samalah kita berpesan-pesan kepada rakan-rakan youtubers, tiktokers dan sebagainya supaya menjaga adab dan tatasusila kita dalam menghasilkan konten-konten masing-masing. Ingatlah semuanya adalah 'BEKAL' untuk kita bawa ke alam sana dan akan menjadi amal yang jariah!

Sudah tentu kita ingin bawa amal jariah yang BAIK kan? nikmat dunia hanya sementara, sama-samalah kita perbanyakkan amal jariah yang soleh dan baik supaya kita dapat menuai hasilnya di akhirat kelak serta dapat menyelamatkan diri kita dari azab Allah yang maha pedih!


Maaf jika ada yang tersinggung, saya sayang semua...

Semoga bermanfaat. jangan lupa tinggalkan jejak dan pandangan kalian di ruangan komen. KOMEN & SHARE

CfuSyamz

Wednesday, November 30, 2022

Sukarelawan AYU semakin 'mengganas' - Tak puas-puas!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin mengganas!, ya...itulah yang boleh saya ibaratkan dengan geng Akademi Youtuber(AYU) ini. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia video di youtube yang telah berlegar kesekian kalinya di segenap pautan URL youtube dan juga laman web AYU yang tidak putus-putus memberikan input berguna kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada seluruh anak pelajar di Malaysia khasnya.

Bermula dengan penghasilan video-video pembelajaran yang menarik, diikuti dengan siaran langsung kelas-kelas tuisyen yang diberikan oleh sukarelawan AYU secara PERCUMA sahaja, tidak cukup sekadar itu, para peminat disajikan pula dengan siaran-siaran langsung segmen khas yang disiarkan dengan variasi tajuk dan penyampaian.

Amat bertuah!



Namun begitu, sukarelawan-sukarelawan AYU ini ibarat sang musafir kehausan yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Setelah maju dalam penghasilan video-video pembelajaran, mereka dilihat bakal menggegarkan dunia blogger atau laman web. Sebagaimana yang kita maklum, setelah berakhirnya pandemik covid-19, sekolah telah dibuka seperti biasa dan ini merupakan satu cabaran bagi sukarelawan-sukarelawan AYU untuk terus aktif dengan dunia maya tatkala diri telah dihujani dengan tugasan-tugasan di sekolah masing-masing.

Laman Web Yu.Suffi
Namun begitu, mereka ini ibarat 'pantang dicabar' apabila munculnya sesuatu buah fikiran daripada pengasas AYU, iaitu Yu.Suffi yang sentiasa hadir dengan semangat, buah fikiran yang bernas dan 'pembakaran terbuka' yang sentiasa dan insan-insan yang terbakar kepanasan. 

Lihat sahaja laman web Yu.Suffi di sebelah ini yang merupakan satu inspirasi buat rakan-rakan AYU yang lain untuk sama-sama sentiasa sedia dalam memajukan diri masing-masing. Anda boleh melihat sendiri bagaimana kreatif dan hebatnya portal yang dihasilkan oleh Yu.Suffi ini di (SINI) selain itu juga, terdapat beberapa lagi insan yang sememangnya aktif dan mewarnai keluarga AYU ini dengan kehebatan-kehebatan mereka. di sini beberapa laman web keluarga AYU yang sempat saya rakamkan di sini. 

Laman web yang dihasilkan oleh Yu.LK,klik untuk layari website beliau.




Laman web yang dihasilkan oleh Yu.Eqa, boleh klik sini untuk melayari


Laman web yang dihasilkan oleh Yu.Eqa, boleh klik sini untuk melayari

Sebenarnya ramai lagi yang sedang membina dan bersemangat untuk menghiasi dunia blogger ini. In Syaa'Allah saya akan kongsikan nanti laman web ahli keluarga AYU yang lain. Semoga segala usaha kami ini dalam menyebarluaskan ilmu kepada semua diberkati dan diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. 

Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong atas perkara kebaikan. "sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala sebaimana mereka yang melakukannya"-Hadis.


Sehingga jumpa lagi.terima kasih sudi membaca celoteh Cfu!

Jemput tinggalkan jejak di ruangan komentar ya!



Wednesday, November 16, 2022

Guru --> Pegawai Pengurusan IPG, Cabar Diri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tugas mendidik, bukan sesuatu yang mudah, namun jiwa seseorang pendidik pasti akan tidak merasa tenang bila meninggalkan lapangan itu, namun kenapa saya meninggalkan dunia mendidik?


Sememangnya agak terasa janggal dan kekok bila keluar daripada lapangan guru dan bekerja sebagai pegawai pengurusan. Skop pegawai pengurusan ini lebih kepada menguruskan latihan para pensyarah di IPG ini.

Apabila diarahkan bertukar ke jawatan ini setelah permohonan dan temuduga saya berjaya, ada yang berjumpa dengan saya dan berkata,

" Tak sayang ke dengan tugas guru?"

" Dah fikir masak-masak ke?"

Dan lain-lain lagi kata-kata yang kalau di dengar, memang agak tergugat juga dengan pilihan sekarang..haha

Namun, semasa memohon jawatan ini, saya telah pasakkan niat ingin mencuba dan belajar sesuatu yang baharu, cabar diri untuk jadi lebih baik dan ingin memajukan diri sendiri ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Crew CBeeS Studio yang banyak membantu Muallim dalam penghasilan video CBeeS News

Jujur saya katakan, agak rindu suasana sebagai seorang guru, melihat kejayaan yang dilakar anak-anak didik, mendidik mereka menjadi insan yang kaamil, belum lagi cerita tentang gelagat-gelagat mereka ketika sesi pembelajaran, sukan, latihan-latihan, rakaman video dan sebagainya...sangat mencuit hati.
Jangan sedih anakku

  Betapa rindu dan sayangnya mereka kepada insan kerdil ini, begitu juga       perasaan saya terhadap dunia sebagai seorang pendidik.

  Namun, HIJRAH itu perlu demi menjamin sesuatu yang lebih baik,   lagipun, peluan untuk kembali ke dalam dunia mendidik masih lagi   terbuka luas di masa hadapan. beberapa pilihan telah dikenalpasti   sebelum saya terjun ke bidang pengurusan ini.

  Matlamat diletak, ilmu ditimba, pengalaman digali, kenalan dijalini pasti   di sana sinar menanti. In syaa'Allah!

  Apa peluang yang ada pada masa akan datang?

  Gred penjawatan sekarang hanya sehingga DG48, lebih kurang 8 tahun   sahaja saya layak untuk berada di jawatan ini, dan selepas itu saya boleh   membuat pilihan dengan beberapa peluang/ruang yang ada :

1- Sambung belajar (Ambik Master) dan berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah(jadi pendidik kembali)

2- Mohon untuk kembali ke sekolah (Kembali mengajar)

3- dan sekiranya ingin kekal di sini, terpaksa naik jadi Ketua Unit, namun agak tipis peluangnya kerana tidak banyak jawatan ketua unit di sini...

Jadi berdasarkan pilihan-pilihan yang ada...saya boleh membuat keputusan yang bersesuaian pada masa akan datang, In Syaa' Allah!


 
Apapun yang dikata, apapun yang buah fikiran yang dilontarkan, setiap pekerjaan pasti ada susah dan senangnya, waimma hidup kita pun tidak selalu senang. Apa yang boleh kita lakukan, Ikhlaskan niat dan tekunlah melakukan pekerjaan kita, mudah-mudahan ianya menjadi satu ibadah dan bekalan akhirat untuk kita berhadapan dengan Sang Khooliq kita...siiru 3ala barokatillah!


CfuSyamz
IPGKDRI

Monday, July 25, 2022

Kewajipan lebih banyak daripada masa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ape khabar sidang pembaca blog CfuSyamz semua, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. Coretan ini sebagai perkongsian sedikit berkaitan bidang tugas yang sedang dilaksanakan oleh Muallim Syamz sekarang di tempat kerja yang terkini.

Setelah berpindah masuk ke Negeri asal saya, pelbagai perubahan telah berlaku, kekangan masa dan juga capaian internet yang lemah menjadi punca saya tenggelam dalam dunia Youtuber sekarang..mohon maaf dan mohon doakan saya wahai teman-teman.

Banyak kewajipan yang perlu dilunaskan terkadang merasakan tidak cukup masa yang dikurniakan Allah, namun segalanya dilaksanakan dengan kadar kemampuan yang dapat muallim lunaskan. 




Gambar : sekitar rakaman bicara berirama SK Ceneh Baru

Di sekolah baharu ini, muallim telah di amanahkan untuk memegang bilik khas Studio CBeeS. Justeru itu, segala aktiviti yang melibatkan rakaman dan sebagainya akan memerlukan khidmat muallim, seperti gambar yang ditunjukkan di atas, saya membuat rakaman bicara berirama untuk panitia Bahasa Melayu CBeeS. selain itu beberapa pertandingan ADNI yang melibatkan sesi rakaman juga memerlukan khidmat Studio CBeeS. 

Selain itu, baru-baru ini Pengakap CBeeS telah menyertai satu program kenegaraan peringkat daerah Kemaman. Program menonton wayang Mat Kilau telah mendapat liputan akhbar sinar harian..korang boleh rujuk artikel di SINI, kebetulan pula gambar murid-murid CBeeS menjadi pilihan editor sinar untuk diletakkan di dalam akhbar mereka.

korang boleh tonton sedikit video yang muallim edit berkenaan program kenegaraan tersebut...jom berikan sokongan anda...LIKE,COMMENT dan SHARE...

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.