Tuesday, January 31, 2023

Webinar Kembara Ilmu Nusantara Siri II Tahun 2023

 

webinar

Topic : Webinar Kembara Ilmu Nusantara Siri II Tahun 2023

Date : 31/1/2023

Time : 2:30:00 Pm


Panel 1: Dr. Hjh. Narita Mohd Noor

Pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail,

Terengganu, Malaysia


Panel 2: Dr. Hjh. Hardimah Hj. Mohd Said

Penolong Profesor, 

Sultan Hassanal Bolkiah, Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darulssalam


Panel 3: Dr. Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor

Pensyarah Kanan, 

Institut Pendidikan Nasional, 

Universiti Teknologi Nanyang, Singapura


Moderator: Dr. Mas Norbany Abu Samah

Pensyarah IPGKDRI


Khalayak: Pelajar Master Phd, dan Warga KPM


Pic : Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi IPGKDRI


LINK 


Zoom 

Join Zoom Meeting

https://zoom.us/j/97056232092?pwd=VHJoN21qeGpNYlZpb2wxOFBDNm5Odz09


Meeting ID: 970 5623 2092

Passcode: 769543



LIVE


1.Fb Rasmi IPGKDRI - 

https://www.facebook.com/ipgkdri/live/


2.Youtube IPGKDRI TV - 

https://www.youtube.com/c/IPGKDRI-TV


3. TWITTER-

https://twitter.com/ipgkdri

Sunday, January 22, 2023

Apa Ada Pada Sekeping Sijil? | Syukron AYU

 

Sijil Cemerlang AYU

MENGAPA sekeping sijil sangat bermakna nilainya? 

APA yang ada sebenarnya dengan sekeping sijil ini?


Jawapannya adalah kerana disebalik sekeping sijil itu terkandungnya pelbagai memori,kenangan pahit manis perjuangan seseorang dalam melalui cabaran yang kadang-kadang tidak mampu untuk diluahkan dan diceritakan kepada khalayak ramai. Ini kerana, walaupun kita berada dalam situasi yang sama,namum penerimaan dan keadaan seseorang itu tidak sama.


Sekeping sijil pada hari ini merupakan satu pengiktirafan dan pengakuan terhadap kebolehan serta kelayakan individu. Memang benar, ukuran ilmu seseorang bukanlah terletak sepenuhnya pada sekeping sijil, namun ianya menjadi 'dos penggalak' kepada sesiapa yang mendapatkannya bagi meningkatkan 'imunisasi semangat' dalam menempuhi cabaran kehidupan yang penuh dengan 'perlumbaan'.


Alah, sekeping sijil apa lah sangat!?
 

Bagi sesetengah orang mungkin menganggap sekeping sijil ini tiada nilainya, namun ianya tidak dinafikan bahawa setiap manusia akan terkesan dengan sebarang penghargaan kerana telah dinyatakan sebagaimana dalam diagram yang dibawa oleh Abraham Maslow :


teori maslow

Keperluan penghargaan ini sangat diperlukan dalam menjamin kesempurnaan dan memenuhi keperluan sosial seseorang. Penghargaan seperti pujian, sokongan dan sebagainya sangat penting sekalipun ia sekadar ucapan TAHNIAH, TERIMA KASIH, TERBAIK dan lain-lain lagi.


Akademi Youtuber(AYU) tidak pernah meninggalkan keperluan ahli-ahlinya kerana dalam keluarga AYU tidak ditekankan aspek kebendaan,bahkan semua ahli digalakkan untuk berbakti dan membuat jasa tanpa mengharapkan apa-apa balasan kebendaan.


cfusyamz
Tahniah Semua
Setelah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh ahli-ahli AYU, Pengurusan Tertinggi AYU memberi pengiktirafan sewajarnya dengan mengeluarkan sekeping sijil yang bukan sekadar cantik di luarnya, bahkan mengandungi penuh makna di dalamnya. Hanya yang tahu sahaja tahu😍.


Jutaan terima kasih buat pengurusan tertinggi AYU yang dibarisi oleh Yu.Suffi, Yu.Abeymat
dan Yu.Zuly yang sentiasa memenuhi keperluan ahli-ahli AYU. Tidak dilupakan juga buat Ketua Panitia Ana Youtuber Lughotul Arobiyyah(AULA) , Yu.Hazar atas segala tunjuk ajar dan sebagainya. Semoga sekeping penghargaan ini akan terus membakar semangat rakan-rakan AYU dalam terus berbakti dan memartabatkan pendidikan digital di alam maya.


Sekian, terima kasih.

Sayang Akademi Youtuber.

#AkademiYoutuber
#Panitia AULA
#CfuSyam

Saturday, January 21, 2023

Selamat Tahun Baru Cina 2023 | Team KHAIDAQ

 

CNY 2023

XIN NIAN KUAI LE 

Selamat Tahun Baru Cina 2023 diucapkan kepada semua rakan-akan guru AYU, guru sekolah, pegawai, murid-murid dan semua yang meraikannya.

Semoga hari bahagia yang diraikan memberi kesejahteraan, keceriaan, kemakmuran serta keharmonian.

Moga ikatan silaturrahim antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini semakin kukuh,utuh dan dapat melahirkan rakyat yang harmoni, berganding bahu dan sentiasa menjaga adab serta tatasusila sesama kita.


Ikhlas daripada :

Team KHAIDAQ 

Akademi Youtuber Malaysia


#KHAIDAQ

#CfuSyamz

Panggilan Buat Semua Lepasan IPG/Maktab

Institut Pendidikan Guru

Calling all IPG graduates, no matter which IPG or Teacher Training College you graduated from, kindly register via https://sgmy.moe.gov.my/e-Alumni pronto!


Pihak IPGM kini menjejaki semua lepasan IPG atau Maktab yang berada di seluruh pelusuk dunia, sama ada yang masih berkhidmat atau pun telah bersara. 

Jom daftar di 

https://sgmy.moe.gov.my/e-Alumni hari ini!


Mohon tularkan💐❤️❤️

Wednesday, January 18, 2023

Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan

 


Saluran Rasmi: https://www.youtube.com/c/EduwebTVkpm 
Saluran Rasmi PodcastKPM: Spotify: https://open.spotify.com/show/6t1xvgw... 

 #eduwebtvkpm #tvpendidikan #kementerianpendidikanmalaysia

Saturday, January 14, 2023

Blogger Pendidikan : 'Barang Lama Masih Berbisa'




Dalam melalui cabaran dunia pendidikan masa kini, pendigitalan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang perlu didepani oleh barisan pejuang pendidikan yang bergelar guru.

Sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini, barisan guru mengalami cabaran besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka. Pelbagai kemahiran dipelajari dan dihadami sehingga berjaya melahirkan ramai pempengaruh pendidikan di kalangan guru-guru terutama di Malaysia.



Cetusan idea yang bernas daripada beberapa individu penting dalam eDidik dan KGM sebelum ini  mula dipandang gah dan diakui akan ke'menjadian'nya kini. Pada hari ini, 14 Januari, Pengasas Akademi Youtuber, Cikgu Muhammad Suffi Yusof dan Ketua Jurulatih Akademi Youtuber, Cikgu Zuly Rahimie Zulkifli telah dijemput oleh pihK RTM bagi berkongsi tentang sensasinya guru-guru akademi youtuber sehingga mampu membuka mata banyak pihak akan kepentingan ilmu digital lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan masa kini. 



Dalam temubual tersebut, Yu. Suffi ditanya berkaitan pengalaman dan sejarah tertubuhnya Akademi Youtuber dan bagaimana penerimaan guru-guru di Malaysia. Sikap ingin berkongsi dan suka membantu akhirnya berjaya melahirkan guru-guru yang mahir dalam menzahirkan kreativiti masing-masing dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcara di alam maya. 



Yu. Zuly pula menegaskan proses melatih guru-guru yang bermula dengan pelbagai latar belakang kemahiran guru, samada yang mahir IT mahupun yang tidak mahir menggunakan IT. Semua mereka dilayan samarata dan slogan 'kita bantu kita' sentiasa melengkapkan kekurangan yang ada di kalangan guru-guru Akademi Youtuber.

"Bermula Pecuma, Selamanya Percuma" 

Itulah slogan yang berkisar dalam "budak² AYU", kerana semua yang diperolehi daripada AYU ini adalah percuma, tidak kira dari sudut latihan yang biasa atau latihan-latihan yang luar biasa. Semua ini jika diperoleh di pusat latihan luar pasti akan menelan belanja ribuan ringgit, namun semuanya diperolehi secara percuma di sini(AYU)

Berikut merupakan sekitar tangkap layar yang dirakamkan ketika siaran langsung slot Selamat Pagi Malaysia pada 14 Januari 2023 :




















 
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung pagi tadi, di bawah ini saya sertakan video rakaman temubual tersebut.




Jangan lupa Like, Subscribe dan Share ya.. Terima kasih

Thursday, January 12, 2023

Sentiasa Berwaspada Dengan Jenayah Komersial Terkini

 


Trend penipuan atau 'scammer' kini semakin lama semakin membimbangkan. Mangsa-mangsa yang terlibat bukan sahaja pada individu yang kurang berpendidikan, bahkan sehingga golongan yang bergelar cendekiawan turut sama menjadi mangsa penipuan scammer. 

Memetik tulisan  akhbar The Star pada 8 Januari 2023;

JOHOR BARU: A 41-year-old lecturer has been cheated of RM1.3mil after falling for a scam here.

Johor police chief Datuk Kamarul Zaman Mamat said the female public university employee lodged a police report on Saturday (Jan 7).

"It started when the victim received a call from a person claiming to be from the Health Ministry and was told that she was involved in faking a Covid-19 report in Sabah,” said Kamarul Zaman.

Boleh rujuk berita penuh di SINI

Dan banyak lagi kes-kes penipuan yang berlaku di sekitar kita samada yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa mahupun yang dalam diam-diam mereka telah tertipu dan berdiam diri sahaja disebabkan mungkin merasa malu atau diugut dan sebagainya.

Mereka (Scammer) ini akan sentiasa mengintai peluang untuk membaham mangsa. Sekiranya kita tidak sentiasa berhati-hati, tidak mustahil kita pula akan menjadi mangsa kepada mereka ini.

Suka saya kongsikan Ebook yang telah disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang memuatkan jenayah-jenayah komersial terkini sebagai panduan dan peringatan buat diri saya sendiri, mahupun kepada semua sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian.

sama-sama kita hadamkan dan jangan lupa untuk terus berdoa supaya kita semua dijauhkan dan dielakkan daripada terjebak dengan penipuan scammer-scammer ini.

Jom baca :



"STAY ALERT, STAY SAFE" 

Monday, January 9, 2023

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS.2



Human Resource Management Information System(HRMIS) atau dikenali juga sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah aplikasi perdana kerajaan persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

HRMIS dibangunkan secara kemprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi sumber manusia dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital serta mempercepatkan lagi proses sumber manusia(HR).




CARA SEMAK MARKAH PRESTASI DI HRMIS

Semua penjawat awam di semua agensi kerajaan sudah tentu akan menyemak markah prestasi mereka bagi tahun sebelum ini melalui lawan sesawang HRMIS. Sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan markah prestasi ini, anda boleh berhubung dengan Urus Setia PPSM masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh markah diumumkan.

Mana la tahu kan, mungkin di sana terdapat penjawat awam yang kurang berpuas hati dengan penilaian markah prestasi masing-masing.

Bagi penjawat awam yang ingin menyemak markah prestasi secara dalam talian ialah :

1- Buka laman sesawang HRMIS2 atau klik pautan berikut : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx . Pastikan anda memasukkan Nombor ID yang betul bagi mengelakkan akaun anda di sekat buat sementara waktu


2- Klik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan di bawah Bahagian Pengurusan Prestasi

 

3- Klik pada modul Fungsi seterusnya Penilaian Prestasi dan Pegawai Yang Dinilai


4- Halaman seperti di bawah akan terpapar. Selepas itu, klik Slip Keputusan bagi melihat markah prestasi anda pada tahun lepas.

5- Markah penilaian Prestasi akan terpapar seperti di bawah. Anda bolehlah print slip markah keputusan untuk simpanan. Anda juga boleh simpan dengan cara 'save as' fail tersebut dan jadikan ia dalam format 'PDF' untuk di simpan secara digital.


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang pertama kali menggunakan sistem HRMIS ini bagi menyemak markah prestasi tahunan.

Semoga markah yang diperolehi dapat membangkitkan semangat dan motivasi agar lebih berkhidmat dengan cemerlang dan berdedikasi. 

Terima kasih.

Sunday, January 8, 2023

🔴 [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 9, 10 & 11]

 


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


08 JANUARI 2023 (AHAD)


[SIRI  9]

📚 Tajuk : Bahasa Melayu Bahagian B

⏰ Masa : 11.00 pagi

👩🏻‍🏫 Penceramah : Faridah Abdul Rahim

🏫 Sekolah : SK Pengkalan Jaya, Pulau Pinang

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=fnCxi08A7PY


[SIRI  10]

📚 Tajuk : Bahasa Inggeris Part 6 & 7

⏰ Masa : 3.00 petang

👩🏻‍🏫 Penceramah : Zatusy Syamam Naim

🏫 Sekolah : SK Tambun Tulang, Perlis

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=DMAgdULsDO8


[SIRI  11]

📚 Tajuk : Matematik Bahagian A & B

⏰ Masa : 8.00 malam

👩🏻‍🏫 Penceramah : Anita Ibrahim

🏫 Sekolah : SK Puchong Perdana, Selangor

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=-9z3WkfeVOU


Rujuk JADUAL PENUH di pautan :

https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html


✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program


#AkademiYoutuber

#JPNSabah

#UASASekolahRendah

Saturday, January 7, 2023

🔴 [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 7 dan 8]


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

07 JANUARI 2023 (SABTU)

[SIRI  7]
📚 Tajuk : Sains Bahagian A & B
⏰ Masa : 3.30 petang
👩🏻‍🏫 Penceramah : Hamidah binti Mat & Nor Hayati binti Ismail
🏫 Sekolah : SK Senawang, Negeri Sembilan & SK Pekan Baharu, Johor
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=p5AuES6A9lA

[SIRI  8]
📚 Tajuk : Bahasa Inggeris Part 4 & 5
⏰ Masa : 8.30 malam
👩🏻‍🏫 Penceramah : Zatusy Syamam binti Naim
🏫 Sekolah : SK Tambun Tulang, Perlis
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=l7wPJP7dWjQ

Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah

Friday, January 6, 2023

🔴 [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 4, 5 DAN 6]



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

06 JANUARI 2023 (JUMAAT)

[SIRI  4]
📚 Tajuk : Sejarah Bahagian A & B
⏰ Masa : 3.30 - 5.00 petang
👩🏻‍🏫 Penceramah : Cikgu Yuhanisah binti Jemahar & Cikgu Nur Fadhlina binti Khairuddin
🏫 Sekolah : SRAB Muar, Johor & SK Gopeng, Taman Gopeng Baru Perak
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=ulvMaWUm4T0

[SIRI  5]
📚 Tajuk : Bahasa Melayu bahagian A
⏰ Masa : 8.30 - 9.30 malam
👩🏻‍🏫 Penceramah : Cikgu Nurlisa binti Kamba
🏫 Sekolah : SK Saint John, Beaufort, Sabah
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=5RoxXDSLnmQ

[SIRI  6]
📚 Tajuk : Tajuk : Bahasa Inggeris Part 1, 2 & 3
⏰ Masa : 9.30 - 10.30 malam
👩🏻‍🏫 Penceramah : Madam Zatusy Syamam Binti Naim
🏫 Sekolah : SK Tambun Tulang, Arau, Perlis
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=k-JGrSarZHs

Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah

Tuesday, January 3, 2023

MUAT TURUN SLIDE SURAH YASIN & 10 AYAT SURAH AL-KAHFI | CfuSyamz

 

Perkongsian slide surah yasin dan 10 ayat bagi surah Al-Kahfi (auto show) yang dihasilkan sendiri oleh saya dan disetkan auto present. Anda boleh muat turun slide ini pada butang download  di bawah ini.

Saya sertakan juga video bacaan Surah Yasin dan 10 ayat Surah Al-Kahfi yang dibacakan sendiri oleh saya,  terima kasih sudi like dan subscribe video saya..hehe

Sambil-sambil dengar, boleh ikut sekali bacaan ya kawan-kawan, boleh rujuk slide online di bawah ini :



Berminat untuk download slide bagi kegunaan di sekolah atau persendirian? sila klik butang download di bawah ini. Jangan lupa komen di bawah dan follow blog ini sebagai tanda penghargaan. terima kasih.




Monday, January 2, 2023

KOLEKSI VIDEO 1 HARI 1 KALIMAH : USROTI ( KELUARGA SAYA)





Belajar bertutur dalam bahasa arab dengan istiqomah pada setiap hari, in syaa'Allah cfu syamz akan memperkenalkan dan membantu sahabat2 untuk menguasai pertuturan dalam bahasa arab secara asas #satuharisatukalimah #keluargasaya

Sunday, January 1, 2023

2022 Melabuhkan Tirai, 2023 Hadir Bersama Azam dan Impian Baharu | cfusyamz[dot]com Pembuka Tirai!

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat rabbul 'izzati atas segala kurniaan yang tidak terhingga, segala puji dan puja bagiNya yang mentadbir alam dengan maha bijaksana, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. para Tabi'in. Taabi' tabi'in dan seluruh ummat Islam.

cfusyamz.com
Tahun 2022 melabuhkan tirainya dan meninggalkan banyak kenangan manis buat CfuSyamz dan keluarga. Manakala tahun 2023 pula datang dengan cabaran serta keazaman yang lebih baik, in syaa'Allah. Permulaan tahun 2023 bagi CfuSyamz adalah dengan memiliki domain [dot] com iaitu laman blog yang sebelum ini hanya menggunakan cfusyamz.blogspot.com, kini sudah dikenali dengan alamat : https://cfusyamz.com

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, hasil 'racun' yang tidak putus-putus daripada Yu.Suffi and the gang, akhirnya terjebak juga saya untuk membeli domain [dot] com ini. Sebenarnya sedari dulu lagi ketika berkecimpung dalam dunia blogger(walaupun lama bersawang), saya ingin memiliki domain [dot] com kerana ianya sangat mudah diingati dan dilihat sangat diyakini pabila menggunakan domain [dot] com ini. Alhamdulillah, saya berasa sangat seronok dan bersyukur dapat berada dalam kalangan orang2 yang sentiasa memberikan aura positif dan sentiasa men'jentik' diri bagi berdaya saing.

Antara kenangan 2022 bagi saya ialah :

  1. Dapat berpindah ke Negeri Terengganu dan berkhidmat di SK Cheneh Baru, Kemaman, bermula episod dan kenangan indah dapat ulang-alik marang-kemaman bersama seorang sahabat syurga, Ustaz Abdul Hadi Mazlan.
  2. Rumah 'Bait Sa'aadah' Syamz dan Syidah akhirnya dapat disiapkan dan seminggu sebelum raya puasa 2022 kami berpindah masuk ke sana, Alhamdulillah...
  3. Ditukarkan daripada gelaran seorang guru kepada pegawai pengurusan di IPG. Maka, tinggallah Ustaz Hadi sorang-sorang berulang alik.
  4. Mendapat perkhabaran Al-Fadhil sahabat baik, ustaz Hadi dapat berpindah ke sk sg buloh, kuala berang..Alhamdulillah3!

Alhamdulillah, semoga tahun ini,2023 akan lebih baik daripada tahun 2022, in syaa'Allah. Mohon sahabat-sahabat CfuSyamz doakan kesejahteraan kita bersama.

#jagadiri
#CovidSemakinMengganas

Cfu Syamz
1 Januari 2023