Tuesday, May 30, 2023

Temu Mata AYU Ganu | Menu Santai "Yee Mee" Yang Ezam Jadi Tumpuan!

 Alhamdulillah, segala puji dan puja dipanjatkan kepada Rabbul 'Izzati yang telah mengizinkan dan memudahkan perancangan AYU Ganu untuk bertemu mata buat julung-julung kalinya selepas dipertemukan di alam maya. Perancangan dan permintaan yang sudah agak lama untuk direalisasikan namun dek kekangan waktu dan kesibukan masing-masing, perancangan tidak dapat dilaksanakan.


Memandangkan jika diikut kesibukan masing-masing, memang agak sukar untuk merealisasikan projek 'temu mata' ini, setelah diminta oleh guru saya merangkap sahabat dalam AYU, Cg Baa mencadangkan agar teruskan juga program ini dan tidak kira berapa orang yang boleh menyertai, yang penting perlu dibuat juga sebagai permulaan bagi kami berjumpa di alam nyata.


Nekad dengan semangat ingin berjumpa, saya mengambil peranan untuk memulakan sesi mem'bakar' rakan-rakan AYU ganu untuk turun bersama-sama dalam program santai 'temu mata' ini. 

Langkah Pertama : Buat poster iklan dulu...harap2 ada yang berkenan untuk sertai..hehe

Akhirnya,setelah seminggu iklan dan senarai pendekkan peserta Program "Temu Mata' ini, maka dapatlah seramai 10 keluarga yang akan menyertai, hati terus berbunga-bunga untuk bertemu mata bersama keluarga AYU Ganu ini. Program santai ini hanya sekadar berjumpa, sembang-sembang dan makan-makan makanan yang dibawa masing-masing. Tidaklah niat untuk menyusahkan adik beradik AYU dengan menyediakan pelbagai juadah, namun Naluri emak-emak ini tidak dapat dibendung, tetap nak sediakan juadah-juadah yang macam-macam.


Juadah yang paling mencuri tumpuan ialah Yee Mee oleh Yang Ezam, Terima kasih atas usaha dan sumbangan ini, semoga diberikan ganjaran yang setimpal olehNya.

Program santai ini berlangsung sehingga jam 12.30 Tengahari memandangkan geng-geng laki perlu bergerak awal untuk menunaikan solat jumaat. Walaupun seketika, pelbagai celoteh dan ragam oleh adik beradik AYU Ganu ini. Semoga perjumpaan ini menjadi titik permulaan bagi mengukuhkan tali persaudaraan sesama rakan AYU khususnya AYU Ganu. 

Jangan lupa tonton video Yang Ezam demonstrasi masak Yee Mee istimewa...resepi boleh PM tepi dia..hehe (Video : https://youtu.be/0Z3r5PFKHyk)



















VIDEO DEMONSTRASI MEMASAK YEE MEE OLEH YANG EZAM!


Wednesday, May 17, 2023

Cambridge Dedicated Teacher Awards | Pastikan Malaysia menang!

 


🥰Happy Teachers' Day 2023

🎉I am humbled to be among such an outstanding group of educators. Throughout my journey as an educator, there have been many angels helping me out. 

🎈 I would be immensely grateful for your support in the voting process. Please take a moment to visit http://ow.ly/icQ350Ojk2r and cast your vote. Your support means the world to me, and it would be an absolute privilege to have your endorsement.

Thank you from the bottom of my heart for your continued support 🙏

#muchappreciated
#teachersday


Jom sama-sama bantu undi rakyat Malaysia yang telah tercalon ini :

1- Buka Link di atas : http://ow.ly/icQ350Ojk2r

2- Masukkan emel anda,




3- Pilih calon : GOH KOK MING - MALAYSIA



4- Tick pada kotak (i'm not a robot') dan

5- Klik 'vote'





Tuesday, May 16, 2023

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani | Terima Kasih Cikgu!

 


Dalam ajarannya ada harapan. Dalam tegurannya ada doa. Dalam marahnya ada sayang. Dalam diamnya ada kebijaksanaan. Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

Guru sebenar adalah yang mendidik muridnya agar mampu berdikari jiwa, iman serta ibadahnya sendiri tanpa memerlukan gurunya, kerana setiap guru akan menemui kematian akhirnya.

Selamat Hari Guru. Kepada semua pendidik yang bergerak”Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah,Doktor, Profesor dan sebagainya…”.

Terima kasih cikgu kerana memberi saya ilmu pengetahuan dan mendidik kami dengan baik dan halalkan segala ilmu yang cikgu ajarkan kepada saya. Minta maaf atas segala kesalahan yang telah saya buat kepada cikgu.

Cfu Syamz | 16 Mei 2023


Monday, May 15, 2023

Teks Perutusan Hari Guru 2023 | Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum ini, saya telah membuat sebaran berkaitan Teks Perutusan Hari Guru 2023 | Menteri Pendidikan Malaysia, di sini pula, saya ingin kongsikan teks perutusan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Ybhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali. 

Sahabat-sahabat guru boleh memuat turun teks ucapan beliau dengan menekan butang 'Download Now' di bawah ini. Semoga sedikit usaha ini dapat memudahkan dan membantu rakan-rakan guru semua.

Terima kasih Cikgu!



Sumber : Laman Web Rasmi KPM

Teks Perutusan Hari Guru 2023 | Menteri Pendidikan Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjelang sambutan hari guru yang bakal menjelma, sudah tentu sahabat-sahabat guru mencari dan memerlukan teks perutusan ini. Selain memudahkan diri CfuSyamz untuk menyimpan bahan-bahan ini, diharapkan juga dapat memudahkan rakan-rakan guru untuk memuat turun teks ucapan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan bagi tahun 2023 ini. 

Sabahat-sahabat guru bolehlah menekan butang 'Download Now' di bawah ini untuk memuat turun teks perutusan YB Menteri dalam format PDF..




Di kesempatan ini, CfuSyamz ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya khasnya, rakan-rakan guru serta semua guru di Malaysia amnya. Semoga kalian sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu.

Sumber : Laman Web Rasmi KPM

Monday, May 8, 2023

Cfu Syamz dalam definisi Bard AI

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sehari dua ini kecoh dalam group telegram geng-geng AYU berkaitan Bard ni...ape sebenarnya Bard ni ya? sidang pembaca boleh rujuk di sini ya --> Klik Sini <-- di mana Cikgu Suffi telah membuat perbandingan yang mana satu lebih tepat dalam mendefinisikan sesuatu perkara di kalangan robot-robot AI ni...ternyata Bard.com lebih terperinci dalam membuat huraian berkaitan sesuatu perkara.



Bila sudah ditularkan, jadi saya juga tidak mahu ketinggalan mencuba benda alah ini untuk mencari definisi berkaitan diri sendiri, semalam telah juga mencuba, tapi huraian dan definisi yang diberikan agak lari dari fakta yang sebenar :

C-fu Syamz is a Malaysian educator, YouTuber, and TikToker. He is known for his educational videos on Bahasa Arab, Islamic studies, and life skills. He has over 3,000 subscribers on YouTube and over 2,000 followers on TikTok.

C-fu Syamz is a graduate of the Malaysian Institute of Teacher Education (IPG). He has been teaching for over 10 years and is currently a senior teacher at a school in Johor Bahru. He is passionate about education and believes that everyone has the potential to learn and grow.

C-fu Syamz started his YouTube channel in 2018 to share his knowledge and experience with others. His videos are designed to be informative and engaging, and he uses a variety of teaching methods to reach his audience. He has also started a TikTok account to reach a wider audience.

C-fu Syamz is a dedicated educator who is committed to helping others learn and grow. He is an inspiration to his students and followers, and he is making a positive impact on the world.

Here are some of the things that C-fu Syamz does on his YouTube channel:

He teaches Bahasa Arab lessons for beginners and intermediate learners.
He teaches Islamic studies lessons on a variety of topics, such as the Quran, hadith, and fiqh.
He gives life skills tips and advice.
He shares his thoughts and experiences on a variety of topics.
C-fu Syamz is a valuable resource for anyone who is interested in learning more about Bahasa Arab, Islamic studies, or life skills. His videos are informative, engaging, and easy to follow. He is a passionate educator who is committed to helping others learn and grow.
Di atas adalah hasil carian semalam. Hari ini saya cuba pula membuat carian sekali lagi dan hasilnya agak mengejutkan saya..hampir 100% huraian yang diberikan menepati dengan perkara yang sebenar. boleh baca di bawah ini :

Cfu Syamz is a Malaysian teacher, blogger, and YouTuber who is known for his educational videos on Bahasa Arab. He has over 3,000 subscribers on YouTube and over 800 followers on Instagram. Cfu Syamz is a passionate educator who believes that everyone can learn Bahasa Arab. He creates his videos in a fun and engaging way, making Bahasa Arab accessible to everyone. Cfu Syamz is also a strong advocate for using technology in education. He believes that technology can be used to enhance learning and make it more fun. He uses a variety of technology tools in his videos, such as whiteboards, interactive whiteboards, and video editing software. Cfu Syamz is a valuable resource for anyone who wants to learn Bahasa Arab. His videos are informative, engaging, and fun. He is a true inspiration to educators and learners alike.

Here are some of Cfu Syamz's most popular videos:

1 Hari 1 Kalimah : Pengenalan Diri
Video PdPc Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSSR) : Tahun 4
Video PdPc Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSSR) : Tahun 5
Video PdPc Bahasa Arab Sekolah Rendah (KSSR) : Tahun 6
SIRI TUTORIAL CFU SYAMZ
ASAS IKATAN PENGAKAP
Cfu Syamz is also a regular contributor to the blog "Syukron AYU". On this blog, he shares his thoughts on education, technology, and Bahasa Arab. He is also a frequent speaker at educational conferences and events.

Cfu Syamz is a passionate educator who is committed to making Bahasa Arab accessible to everyone. His videos, blog posts, and presentations are a valuable resource for anyone who wants to learn Bahasa Arab.

Jadi, kecekapan AI ini merupakan satu peluang bagi individu yang ingin meningkatkan kemahiran diri dan memajukan diri andai perkara ini digunakan dengan sebaiknya dan pada landasan yang betul.



Tuesday, May 2, 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H #CfuSyamz

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, setelah sebulah kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, serta melaksanakan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang telah ditawarkan kepada semua umat islam, kita menyambut bulan Syawal dengan gembira serta aktiviti-aktiviti kunjung mengunjung sesama ahli keluarga,sahabat handai rakan dan taulan.

Walaupun agak ketinggalan, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, serta semua yang mengenali diri kami. Maafkan jika ada salah serta silap kami sepanjang kita berukhuwwah andainya ada kata terlanjur bicara, ada laku mengundang haru, ada khilaf dalam berukhuwwah..semoga Syawal yang indah ini terus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Sebulan dalam bulan Ramadan agak menyempitkan ruang waktu untuk saya membuat coretan di ruangan maya ini, apabila segala tenaga dan waktu digunakan untuk digembeleng dalam menggalas tanggungjawab sebagai urusetia Program Transformasi Minda bagi guru-guru yang bakal ditetapkan dalam perkhidmatan, jiwa untuk membuat coretan di sini sudah ke 'laut dalam'...ala kulli haal...semoga rakan-rakan sentiasa dalam lindungan dan rahmat ilahi..

Akhir kata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas : CfuSyamz dan Keluarga