Info Terkini

Temu Mata AYU Ganu | Menu Santai "Yee Mee" Yang Ezam Jadi Tumpuan!

 Alhamdulillah, segala puji dan puja dipanjatkan kepada Rabbul 'Izzati yang telah mengizinkan dan memudahkan perancangan AYU Ganu untuk bertemu mata buat julung-julung kalinya selepas dipertemukan di alam maya. Perancangan dan permintaan yang sudah agak lama untuk direalisasikan namun dek kekangan waktu dan kesibukan masing-masing, perancangan tidak dapat dilaksanakan.


Memandangkan jika diikut kesibukan masing-masing, memang agak sukar untuk merealisasikan projek 'temu mata' ini, setelah diminta oleh guru saya merangkap sahabat dalam AYU, Cg Baa mencadangkan agar teruskan juga program ini dan tidak kira berapa orang yang boleh menyertai, yang penting perlu dibuat juga sebagai permulaan bagi kami berjumpa di alam nyata.


Nekad dengan semangat ingin berjumpa, saya mengambil peranan untuk memulakan sesi mem'bakar' rakan-rakan AYU ganu untuk turun bersama-sama dalam program santai 'temu mata' ini. 

Langkah Pertama : Buat poster iklan dulu...harap2 ada yang berkenan untuk sertai..hehe

Akhirnya,setelah seminggu iklan dan senarai pendekkan peserta Program "Temu Mata' ini, maka dapatlah seramai 10 keluarga yang akan menyertai, hati terus berbunga-bunga untuk bertemu mata bersama keluarga AYU Ganu ini. Program santai ini hanya sekadar berjumpa, sembang-sembang dan makan-makan makanan yang dibawa masing-masing. Tidaklah niat untuk menyusahkan adik beradik AYU dengan menyediakan pelbagai juadah, namun Naluri emak-emak ini tidak dapat dibendung, tetap nak sediakan juadah-juadah yang macam-macam.


Juadah yang paling mencuri tumpuan ialah Yee Mee oleh Yang Ezam, Terima kasih atas usaha dan sumbangan ini, semoga diberikan ganjaran yang setimpal olehNya.

Program santai ini berlangsung sehingga jam 12.30 Tengahari memandangkan geng-geng laki perlu bergerak awal untuk menunaikan solat jumaat. Walaupun seketika, pelbagai celoteh dan ragam oleh adik beradik AYU Ganu ini. Semoga perjumpaan ini menjadi titik permulaan bagi mengukuhkan tali persaudaraan sesama rakan AYU khususnya AYU Ganu. 

Jangan lupa tonton video Yang Ezam demonstrasi masak Yee Mee istimewa...resepi boleh PM tepi dia..hehe (Video : https://youtu.be/0Z3r5PFKHyk)



















VIDEO DEMONSTRASI MEMASAK YEE MEE OLEH YANG EZAM!


No comments

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩