Info Terkini

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS.2



Human Resource Management Information System(HRMIS) atau dikenali juga sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah aplikasi perdana kerajaan persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

HRMIS dibangunkan secara kemprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi sumber manusia dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital serta mempercepatkan lagi proses sumber manusia(HR).




CARA SEMAK MARKAH PRESTASI DI HRMIS

Semua penjawat awam di semua agensi kerajaan sudah tentu akan menyemak markah prestasi mereka bagi tahun sebelum ini melalui lawan sesawang HRMIS. Sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan markah prestasi ini, anda boleh berhubung dengan Urus Setia PPSM masing-masing dalam tempoh 30 hari dari tarikh markah diumumkan.

Mana la tahu kan, mungkin di sana terdapat penjawat awam yang kurang berpuas hati dengan penilaian markah prestasi masing-masing.

Bagi penjawat awam yang ingin menyemak markah prestasi secara dalam talian ialah :

1- Buka laman sesawang HRMIS2 atau klik pautan berikut : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx . Pastikan anda memasukkan Nombor ID yang betul bagi mengelakkan akaun anda di sekat buat sementara waktu


2- Klik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan di bawah Bahagian Pengurusan Prestasi

 

3- Klik pada modul Fungsi seterusnya Penilaian Prestasi dan Pegawai Yang Dinilai


4- Halaman seperti di bawah akan terpapar. Selepas itu, klik Slip Keputusan bagi melihat markah prestasi anda pada tahun lepas.

5- Markah penilaian Prestasi akan terpapar seperti di bawah. Anda bolehlah print slip markah keputusan untuk simpanan. Anda juga boleh simpan dengan cara 'save as' fail tersebut dan jadikan ia dalam format 'PDF' untuk di simpan secara digital.


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang pertama kali menggunakan sistem HRMIS ini bagi menyemak markah prestasi tahunan.

Semoga markah yang diperolehi dapat membangkitkan semangat dan motivasi agar lebih berkhidmat dengan cemerlang dan berdedikasi. 

Terima kasih.

No comments

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩