Info Terkini

Blogger Pendidikan : 'Barang Lama Masih Berbisa'




Dalam melalui cabaran dunia pendidikan masa kini, pendigitalan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang perlu didepani oleh barisan pejuang pendidikan yang bergelar guru.

Sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini, barisan guru mengalami cabaran besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka. Pelbagai kemahiran dipelajari dan dihadami sehingga berjaya melahirkan ramai pempengaruh pendidikan di kalangan guru-guru terutama di Malaysia.



Cetusan idea yang bernas daripada beberapa individu penting dalam eDidik dan KGM sebelum ini  mula dipandang gah dan diakui akan ke'menjadian'nya kini. Pada hari ini, 14 Januari, Pengasas Akademi Youtuber, Cikgu Muhammad Suffi Yusof dan Ketua Jurulatih Akademi Youtuber, Cikgu Zuly Rahimie Zulkifli telah dijemput oleh pihK RTM bagi berkongsi tentang sensasinya guru-guru akademi youtuber sehingga mampu membuka mata banyak pihak akan kepentingan ilmu digital lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan masa kini. 



Dalam temubual tersebut, Yu. Suffi ditanya berkaitan pengalaman dan sejarah tertubuhnya Akademi Youtuber dan bagaimana penerimaan guru-guru di Malaysia. Sikap ingin berkongsi dan suka membantu akhirnya berjaya melahirkan guru-guru yang mahir dalam menzahirkan kreativiti masing-masing dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcara di alam maya. 



Yu. Zuly pula menegaskan proses melatih guru-guru yang bermula dengan pelbagai latar belakang kemahiran guru, samada yang mahir IT mahupun yang tidak mahir menggunakan IT. Semua mereka dilayan samarata dan slogan 'kita bantu kita' sentiasa melengkapkan kekurangan yang ada di kalangan guru-guru Akademi Youtuber.

"Bermula Pecuma, Selamanya Percuma" 

Itulah slogan yang berkisar dalam "budak² AYU", kerana semua yang diperolehi daripada AYU ini adalah percuma, tidak kira dari sudut latihan yang biasa atau latihan-latihan yang luar biasa. Semua ini jika diperoleh di pusat latihan luar pasti akan menelan belanja ribuan ringgit, namun semuanya diperolehi secara percuma di sini(AYU)

Berikut merupakan sekitar tangkap layar yang dirakamkan ketika siaran langsung slot Selamat Pagi Malaysia pada 14 Januari 2023 :




















 
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung pagi tadi, di bawah ini saya sertakan video rakaman temubual tersebut.




Jangan lupa Like, Subscribe dan Share ya.. Terima kasih

2 comments:

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩