Info Terkini

Sentiasa Berwaspada Dengan Jenayah Komersial Terkini

 


Trend penipuan atau 'scammer' kini semakin lama semakin membimbangkan. Mangsa-mangsa yang terlibat bukan sahaja pada individu yang kurang berpendidikan, bahkan sehingga golongan yang bergelar cendekiawan turut sama menjadi mangsa penipuan scammer. 

Memetik tulisan  akhbar The Star pada 8 Januari 2023;

JOHOR BARU: A 41-year-old lecturer has been cheated of RM1.3mil after falling for a scam here.

Johor police chief Datuk Kamarul Zaman Mamat said the female public university employee lodged a police report on Saturday (Jan 7).

"It started when the victim received a call from a person claiming to be from the Health Ministry and was told that she was involved in faking a Covid-19 report in Sabah,” said Kamarul Zaman.

Boleh rujuk berita penuh di SINI

Dan banyak lagi kes-kes penipuan yang berlaku di sekitar kita samada yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa mahupun yang dalam diam-diam mereka telah tertipu dan berdiam diri sahaja disebabkan mungkin merasa malu atau diugut dan sebagainya.

Mereka (Scammer) ini akan sentiasa mengintai peluang untuk membaham mangsa. Sekiranya kita tidak sentiasa berhati-hati, tidak mustahil kita pula akan menjadi mangsa kepada mereka ini.

Suka saya kongsikan Ebook yang telah disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang memuatkan jenayah-jenayah komersial terkini sebagai panduan dan peringatan buat diri saya sendiri, mahupun kepada semua sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian.

sama-sama kita hadamkan dan jangan lupa untuk terus berdoa supaya kita semua dijauhkan dan dielakkan daripada terjebak dengan penipuan scammer-scammer ini.

Jom baca :



"STAY ALERT, STAY SAFE" 

1 comment:

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩