Info Terkini

Guru --> Pegawai Pengurusan IPG, Cabar Diri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tugas mendidik, bukan sesuatu yang mudah, namun jiwa seseorang pendidik pasti akan tidak merasa tenang bila meninggalkan lapangan itu, namun kenapa saya meninggalkan dunia mendidik?


Sememangnya agak terasa janggal dan kekok bila keluar daripada lapangan guru dan bekerja sebagai pegawai pengurusan. Skop pegawai pengurusan ini lebih kepada menguruskan latihan para pensyarah di IPG ini.

Apabila diarahkan bertukar ke jawatan ini setelah permohonan dan temuduga saya berjaya, ada yang berjumpa dengan saya dan berkata,

" Tak sayang ke dengan tugas guru?"

" Dah fikir masak-masak ke?"

Dan lain-lain lagi kata-kata yang kalau di dengar, memang agak tergugat juga dengan pilihan sekarang..haha

Namun, semasa memohon jawatan ini, saya telah pasakkan niat ingin mencuba dan belajar sesuatu yang baharu, cabar diri untuk jadi lebih baik dan ingin memajukan diri sendiri ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Crew CBeeS Studio yang banyak membantu Muallim dalam penghasilan video CBeeS News

Jujur saya katakan, agak rindu suasana sebagai seorang guru, melihat kejayaan yang dilakar anak-anak didik, mendidik mereka menjadi insan yang kaamil, belum lagi cerita tentang gelagat-gelagat mereka ketika sesi pembelajaran, sukan, latihan-latihan, rakaman video dan sebagainya...sangat mencuit hati.
Jangan sedih anakku

  Betapa rindu dan sayangnya mereka kepada insan kerdil ini, begitu juga       perasaan saya terhadap dunia sebagai seorang pendidik.

  Namun, HIJRAH itu perlu demi menjamin sesuatu yang lebih baik,   lagipun, peluan untuk kembali ke dalam dunia mendidik masih lagi   terbuka luas di masa hadapan. beberapa pilihan telah dikenalpasti   sebelum saya terjun ke bidang pengurusan ini.

  Matlamat diletak, ilmu ditimba, pengalaman digali, kenalan dijalini pasti   di sana sinar menanti. In syaa'Allah!

  Apa peluang yang ada pada masa akan datang?

  Gred penjawatan sekarang hanya sehingga DG48, lebih kurang 8 tahun   sahaja saya layak untuk berada di jawatan ini, dan selepas itu saya boleh   membuat pilihan dengan beberapa peluang/ruang yang ada :

1- Sambung belajar (Ambik Master) dan berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah(jadi pendidik kembali)

2- Mohon untuk kembali ke sekolah (Kembali mengajar)

3- dan sekiranya ingin kekal di sini, terpaksa naik jadi Ketua Unit, namun agak tipis peluangnya kerana tidak banyak jawatan ketua unit di sini...

Jadi berdasarkan pilihan-pilihan yang ada...saya boleh membuat keputusan yang bersesuaian pada masa akan datang, In Syaa' Allah!


 
Apapun yang dikata, apapun yang buah fikiran yang dilontarkan, setiap pekerjaan pasti ada susah dan senangnya, waimma hidup kita pun tidak selalu senang. Apa yang boleh kita lakukan, Ikhlaskan niat dan tekunlah melakukan pekerjaan kita, mudah-mudahan ianya menjadi satu ibadah dan bekalan akhirat untuk kita berhadapan dengan Sang Khooliq kita...siiru 3ala barokatillah!


CfuSyamz
IPGKDRI

1 comment:

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩