Info Terkini

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17



Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim telah berlangsung pada 31 Januari 2024, menandakan permulaan khidmat baginda bagi tempoh 5 tahun.[4] Istiadat didahului dengan keberangkatan Agong baharu dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sebelum rombongan diraja berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad telah memimpin bacaan doa, disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Indera Zahari Mohd Ariffin. [5] Baginda bersama-sama menteri pengiring, Mohamed Khaled Nordin [5] dan kerabat diraja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor ke Pangkalan Udara Subang, Selangor sebelum bergerak menghadiri istiadat di ke Istana Negara, Kuala Lumpur. [6]

Setibanya di istana, Sultan Ibrahim menerima sambutan istiadat ketenteraan di dataran istana. Pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja mempersembahkan Hormat Diraja, selepas Agong selesai memeriksa.[7] Selesai daripada itu, Sultan Ibrahim memasuki Istana Negara untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas), di Balairung Seri, Istana Negara.[8]

Semasa mesyuarat tersebut, istiadat penting, seperti majlis mengangkat sumpah dan pemasyhuran jawatan , telah berlangsung, Sultan Ibrahim secara rasmi menaiki takhta dan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, berkhidmat bagi tempoh lima tahun dari 31 Januari 2024. Majlis turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.[8]



Berikut ialah teks sumpah jawatan Agong yang dibaca oleh Sultan Ibrahim:[9]

Kami, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi, Wabillahi, Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri.


Sumber : Wikipedia.org 

No comments

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩