Info Terkini

Semoga Berjumpa Lagi Sahabat IPGMKDRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Kepada sahabat-sahabat di Unit Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail,

    Hari ini, terasa seperti perjalanan yang panjang telah tiba pada hujungnya. Dalam setiap langkah dan detik masa yang kita lalui bersama-sama, terpahat kenangan indah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Saat-saat ketawa, air mata, dan cabaran yang kita tempuhi bersama telah membentuk ukhuwwah yang kuat di antara kita semua.



    Dalam suasana perpisahan ini, ada rasa yang sukar untuk dikendalikan. Rasa sedih, rasa syukur, dan juga rasa terharu kerana kita telah berkongsi begitu banyak perkara bersama-sama. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih khasnya kepada Pn. Mastura, Ketua Unit Pembangunan Latihan atas segala perkongsian ilmu dan pengalaman serta banyak mengajar dalam gerak kerja yang cukup berdisiplin terutama dari sudut kualiti, semua itu akan menjadi bekalan dan pedoman saya di tempat baharu nanti. 

    Tidak lupa juga buat rakan sejawat saya, En.Omar yang sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu kerja meskipun usia perkhidmatannya sudah hampir ke garisan penamat, ianya menjadi motivasi dan suntikan semangat buat saya . 

    Begitu juga buat saudara Lutfi, walaupun kita hanya berbeza beberapa bulan di tahun yang sama, ia menjadi vitamin dalam persahabatan kita. Anda juga sangat banyak membantu dalam beberapa aspek lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan ICT dan Teknikal. Kak Mas, En.Omar dan Lut, anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran saya.

    Namun, di sebalik segala kegembiraan itu, saya juga ingin memohon maaf jika ada tersilap langkah, kata-kata yang mengguris hati, atau tindakan yang tidak disenangi. Semoga kita dapat melupakan segala kesilapan yang lalu dan melangkah ke hadapan dengan penuh kesyukuran dan keredhaan.

    Terima kasih atas segala kenangan yang telah kita kongsi bersama. Meskipun perpisahan ini membawa rasa kehilangan, namun ia juga membawa peluang baru untuk kita berkembang dan terus menggapai kemajuan. Semoga ikatan persahabatan kita terus berkekalan walaupun jarak memisahkan. in syaa'Allah

Kepada Sifu-sifu, otai-otai saya di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail,

    Dengan tulus ikhlas, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para murobbi dan pendidik di IPGMKDRI ini atas setiap usaha dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kita bekerjasama. Anda semua telah menjadi pendorong, penyokong, dan juga teman seperjuangan dalam setiap usaha kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    Saya berharap bahawa setiap usaha yang telah kita lakukan bersama akan terus memberi impak yang positif kepada mereka yang kita santuni. Walaupun perpisahan ini mungkin menandakan akhir dari satu bab, namun ia juga membawa peluang untuk kita membuka bab yang baru dengan lebih bersedia dan bersemangat.

    Tidak lupa, saya ingin memohon maaf jika ada kata-kata atau tindakan saya yang mungkin menyakitkan hati sepanjang kerjasama kita. Saya akan jadikan ianya sebagai iktibar dari setiap pengalaman dan berazam untuk terus memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Terima kasih atas segalanya. Semoga persahabatan kita terus berkekalan walau bukan di depan mata.

    Saya berdoa agar kita semua sentiasa diberkati dalam setiap langkah yang kita ambil dan terus menjadi sumber inspirasi serta sokongan bagi satu sama lain.

Terima kasih sekali lagi, dan selamat tinggal untuk kini, namun selamanya bersatu dalam ingatan. semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.aamin


Yang ikhlas,

[Muallim Syamz Al-Marbawi]




No comments

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩